Pendahuluan Peluru berpandu udara ke permukaan

Sistem panduan bagi peluru berpandu udara ke darat biasanya melalui panduan laser, panduan inframerah, panduan optik atau isyarat GPS. Jenis panduan yang akan digunakan bergantung kepada jenis sasaran yang hendak dimusnahkan. Sebagai contoh, kapal boleh dikesan melalui radar pasif atau aktif, yang mana tidak cukup berkesan untuk mengesan sasaran di darat. Ini kerana sasaran di darat bukan terdiri daripada struktur logam yang besar dan dikelilingi oleh ruang kosong.

Terdapat pertalian di antara peluru berpandu udara ke permukaan dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan. Sebagai contoh, terdapat versi lancaran udara bagi peluru berpandu Tomahawk, walaupun penggunaannya telah digantikan dengan AGM-86 ALCM. Peluru berpandu lain yang digunakan dalam kedua-kedua keadaan termasuk peluru berpandu anti kapal Penguin dan AGM-84 Harpoon. Kebanyakan peluru berpandu udara ke permukaan boleh digunakan untuk memusnahkan sama ada sasaran-sasaran di laut atau di darat, bagaimanapun beberapa darinya terpaksa diubahsuai bagi melkasanakan kedua-dua peranan ini dengan berkesan. Sebagai contoh, Peluru Berpandu Serangan Darat Lancaran Jauh merupakan peluru berpandu Harpoon versi serangan darat.

Salah satu kelebihan utama peluru berpandu udara ke permukaan berbanding persenjataan lain boleh digunakan oleh pesawat menyerang sasaran darat keupayaan untuk dilancarkan pada jarak jauh. Ini membolehkan sesebuah pesawat kelnacarkan peluru berpandu di luar dari lingkungan pertahanan udara musuh di sekitar tempat sasaran. Kebanyakan peluru berpandu ini terdiri dari jenis tembak-dan-lupa bagi mengambil kelebihan ciri keupayaan pelancaran jarak jauh – ia bermakna pada sesebuah platform udara boleh menjauhkan diri setelah peluru berpandu dilepaskan. Beberapa peluru memiliki jarak yang cukup untuk dilancarkan pada jarak melangkaui ufuk. Peluru berpandu jenis ini (biasanya peluru berpandu kruis atau anti kapal) perlu berupaya untuk mengesan dan memandu peluru berpand ke arah sasaran tanpa disedari.